KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, August 31, 2010

CRY NO MORE

hari ini aku berpeluang tambah lagi satu pengalaman...
aku terlibat dengan satu program yang dipanggil cry no more
kami,pelajar-pelajar Malaysia
bersama-sama menyediakan makanan berbuka untuk diagihkan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik di sini...
you see...
orang Malaysia ni memang baik hati kan...
so,tak payah la nak siap bakar bendera Malaysia and pijak-pijak

kami dibahagikan kepada 2 kumpulan....
kami dapat kat depan uni ni je
di sini memang senang nak cari orang yang susah
dalam erti kata lain
memang senang nak bagi sedekah

tapi.......
kat sini memang ramai tak puasa
sebab lepas kami bagi makanan,
kami terserempak lagi dengan mereka
&
mereka tgh makan makanan yg kami bagi......
hurm........
tak apa lah
mungkin mereka di sini tak mendapat pendidikan agama sepatutnya

walau apapun....
aku berharap
aku akan sentiasa mensyukuri nikmat yang ALLAH telah berikan kepada aku selama ini..
sebenarnya apabila kita merasa susah,
lihatlah orang yang berada di bawah kita
yang lebih susah dari itu...
insyaALLAH.....
akan terbit rasa syukur........



cry no more




Sunday, August 29, 2010

PHOTOSHOOT RAYA

aku dok dengar lagi riuh2 suara budak-budak kat bawah tu tgh photoshoot untuk raya...aku pun dah join tadi...tapi sikit2 cukup arr...raya nanti tangkap gambar lagi..:)


pe?ingat artis je ke ada photoshoot raya?

***************************************

aku tak ada kamera..
kamera phone pun tak masyuk sangat
and gambar-gambar aku banyak kat phone orang lain
so...
tengok kat fb je la yeerrrr....

ni antara gambar-gambar yg sempat aku snap tadi.....







kawan-kawan twinning10 sangat sporting!


*************************************
sebenarnya ada banyak lagi kegilaan kami ni...
tapi setakat ni yang ini dulu....
sedih?
hurm...sebab ada kawan-kawan so kurang sikit kot...
yang pastinya.........

AKU PUNYA PENGALAMAN ITU

*************************************

nantikan ucapan perantauan kami di surat khabar yer....
utusan kot....
and
aku akan buat entry khas untuk raya nanti......

**************************************
salam ramadhan ;


Saturday, August 28, 2010

MENAMBAH BENDA PELIK-PELIK!

haih.....
geram dengan izzatul hidayah!
ada je benda yang nak dibelek depan laptop nie....
tu...
case minggu ni belum master lagi!
tak nak pulak dibelek....

******************************
pastu budak ni gheja dok menambah benda pelik-pelik dalam blog nie!
sat gambaq laa....
sat ikan la...
sat nak tukaq lagu la....
konon nak buh lagu raya la tu...
tapi sendiri dengar sendiri sedih!
papela itu budak!

*******************************

tadi beria-ia dia berjanji tak nak bukak laptop
dah siap kunci dalam almari dah!
hai boleh pulak lepas tu dia gi gatai-gatai amik kunci
&
ON LAPTOP TU!
isy,memang nak kena tabuh budak ni!

********************************

cuba tengok pukul berapa sekarang?
kan dah lari dari jadual....
bila kita bebel kat dia,dia wat-wat goyang kepala!
konon nak gerakkan otak la tu....
pastu goyang-goyang kaki cam kena parkinson!
ha.....
melawan-melawan!!

**********************************

okay,dah marah dah kat izzatul hidayah tu....
dia memang macam tu
lagi-lagi bila dah kenyang....
tu,dia dah menguap dah......
nak tidor la tu....
online blog tak nguap pulak
bila kita suruh study tu la yg dia buat mcm makan ubat tido!

**********************************

esok,kalau itu budak bangun sahur lambat memang siap!
alarm bunyi dia gheja dok snooze ja....
kunci alarm sampai 5 kali....
pastu sendiri membebel!
tu.........
diary hitam tu dh penuh dengan catatan?
bila nak siapkan semua tu?
memang nak tunggu kena bebel dulu baru nak siap ek?
esok,kalau izzatul hidayah tak bangun sahur memang siap!

**********************************

hurm...macam-macam!
effect vanilla late la tu~~


Thursday, August 26, 2010

JENG..JENG..BAJU RAYA!!

fuh...fuh...fuh..kenyang makan kuey tiaw tomyam!
haiya...baru pulang dari pasar baru....( SAPA PERGI BANDUNG MEMANG WAJIB PERGI SINI! )
niat mula-mula nak cari kain sahaja.....
hai....tp dh namanya POMPUAN , memang tak boleh ikut niat kalau shopping!
HAaaaaMIK KO!
aku beli gak baju kebaya although dah ada baju raya....
pssttt.....sila jangan beritahu abah and mak saya!!!!

******************************

Hurm........
tadi before capai nak beli baju warna apa,sempat risik2 kat en.diy syg saya.....
tiba-tiba dia cakap baju raya dy thn ni warna ______ laaaa
adeh.....
cheq dh banyak dah baju warna tu.....:(
so,saya amik warna _______
takpela....
nanti bila-bila,kita sama warna baju raya ek....
mintak-mintak jodoh panjang......
aminnnnn

********************************

warna apa ek.....
hurm...
nama pun baju raya....
so,tunjuk time raya jela......
sekarang ni time posa....
takde la pulak nama BAJU PUASA ek....
tengoklah satu hari nanti aku yg cipta.....
hahaha..sungguh byk cita-cita.....

_____________________________________

sekarang tengah hot pasal malaysia and indonesia bergaduh
kami yang student ni agak-agak risau la....
tapi tadi time aku gi bandung,mcm okay je
kat Jakarta je tegang sikit kot
aku siap boleh jalan sorang-sorang lagi
aku bukan apa
kalau jalan sorang,senang nak bergerak......
nak usya baju lama ke,sekejap ke,pun takpe.........

haih..........
mengeluh tu tak baik....
tapi terpaksa......
macam risau akan sesuatu.....
tapi apa yer........

apa pun.........
selamat berpuasa.......







i miss my family so much!



Wednesday, August 25, 2010

Kenapa abah tak pernah tukar baju raya?

East menulis pada tanggal 15 ramadhan..betul-betul genap pertengahan antara ramadhan dan menunggu ketibaan syawal. Membuang pandang kat luar tingkap jap. Nak susun ayat…




Perkara yang selalu east risau bila nak sambut raya apa ek…( dalam konteks bukan raya tahun ini yer! )

Baju raya kot.
*********************************

Dulu sewaktu zaman kanak-kanak, baju mesti sama dengan along. Kalau tak sama warna pun,mesti sama pattern. Yela, saya beza dengan along cuma 2 thn. Mestilah beli sekali harung. Bila dah besar sikit ( bukan dari segi saiz bdn yer tp umur ) mula la pilih baju sendiri. Tapi mesti sama gak dengan along. Dan budak-budak itu ( kakak,yaya,teah ) mesti sepasang gak. Ah, kanak-kanak tak boleh banyak soal. Hamik je apa mak pilih. Tapi pilihan ibu – bapa tu kan yang terbaik. :)

______________________

Emak macam mana?ala, emak kan sama kepala dgn kami. Jadi baju raya mesti vogue-vogue gak. I admit my mother memang chantek! ( hellooo,kalau kita tak puji mak kita sendiri,sapa yang nak puji ). Dan setiap kali raya, jenuhla kami memikirkan nak buat baju theme warna apa, fesyen baju macam mana. Takkan baju kurung je setiap tahun kan…tukar la taste sikit…and my mummy yang vogue tu memang paling menawan tiap kali sampai kampung…muahahaha…kembang kalau tau kena puji kat tempat yang ramai orang boleh baca!
___________________________

Adik lelaki tunggal aku yang jambu tu ; selalu kena puji hensem…hensem ke??nilai sendiri!


Hensem kat hidung je!ceh!


Dia pun tak banyak songeh sangat. Apa abah beli,dia pakai je.eh…eh….abah???


ABAH???
@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

Abah yang dah berapa tahun tak tukar baju raya
Abah yang tak pernah kisah pakai kain pelikat yang sama
Abah yang tak pernah risau dy tak ada baju raya
Abah yang mesti dahulukan dulu anak-anaknya
Abah yang akan pastikan anak-anaknya gembira mcm anak org lain
Abah yang sentiasa memenuhi keperluan raya kami
Abah yang sentiasa bagi kami duit raya
Abah yang akan bagi kami gelak kuat-kuat dalam perjalanan balik kampung
Abah yang kadang-kadang buat kami takut

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Abah itula………
Abah saya……..

Tapi……

Kenapa abah tak pernah tukar baju raya????










Abah suka baju raya tu kot……hurm.........