KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Friday, June 10, 2016

6 tahun yang bermakna Part I

Assalamualaikum 

wow it has been a long long long long timeeeee since mengetuk keyboard di sini.
Hi eAst. So how's you been all this while? Setahun ku tinggalkan kau tanpa nafkah. Hahaha.

So enough with the introduction. Now move on to our business.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa secara rasminya saya telah tamat segala macam kuliah di fakulti perubatan setelah 6 tahun bergelumang. Kuliah rasmi ye. Exam professional masih belum lagi. Insyaallah after this i will have 3 weeks study break before i face my professional exam that has been scheduled on 11 July 2016.

6 years guys. 6 years. Ape ko ingat senang nak jadi doktor? Itu baru doktor pelatih tau. 2 tahun lagi kena completekan doktor pelatih (houseman) lepas tu kena campak berkhidmat sebagai pegawai perubatan UD44 pulak. Lepas tu kalau masuk post graduate program untuk bergelar pakar, 4 tahun lagi. Lepas tu senang senang pulak ekau viral viral kat facebook kutuk doktor doktor???!! Terima kasih pun tak! Hahahahaha. Itu segelintir jela. Ada patient and relative yang bagus. 

Banyak benda yang telah ditempuhi sepanjang 6 tahun pembelajaran. 3 tahun di Bandung dan 3 tahun di Malaysia. Dan banyak jugak ku coretkan dalam post post lama di blog ini. Banyak ragam manusia yang telah dilihat di hospital. Melihat jerih payah doktor doktor yang bertugas kadang buat aku terfikir mampukah aku kuat menghadapi bidang ini apabila bekerja kelak? Dapat pulak colleague yang kerja lepas tangan memang aku rasa nak bagi tangan. Itu kalau baik sikit. Kalau jahat, ingat nak bagi kaki. Okay lupa pulak taip bulan puasa. Sabar Izzatul.


Masih terbayang di ingatan, sewaktu mula mula mendapat surat tawaran melanjutkan pengajian dari MARA. 

Tahniah. Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa pemilik nama berikut
Nama: Nur Izzatul Hidayah bt AhmadNo IC : 91*********
telah ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan kerjasama UKM-UNPAD bermula 3 July 2010-july 2016.


ini contoh jela. ayat sebenar dalam surat tak ingat. Hahahaha.

Waktu tu dalam minda terfikir beberapa perkara seperti berikut:


  1. Pergh lamanya sampai 2016. Waktu tu nak dekat 2020. Agaknya waktu tu Malaysia dah ada kereta terbang yang aku bayangkan masa buat karangan darjah 6 ke ye?
  2. Bandung? Ni kalau gempa bumi ni, mau aku keluar TV. 
  3. Nak reject ke offer UPU dari UM tu? UM kot. Impian dari kecik nak masuk UM ni. 
  4. Perubatan? Eishh. Jadi doktor? Besar sangat tu cita cita yang tak pernah terfikir ni. Nak kerja biasa biasa je mcm CEO syarikat ke, pengacara TV ke. 
  5. Mampu ke survive ni? Tak adala pandai sgt. Biasa biasa je. Cuma dari dulu je terbijak biologi sikit. Hahaha oii riak!

Then i texted my abah asked for his opinion whether should i go for the interview or not . At that time he was at mecca performing his umrah. 

' Pergilah. Abah doakan angah lulus interview tu dari sini'

Perghhh. Can you say
 'no abah. angah taknak ambil medic pun.' when he told you that? 
Do I have any gut to go against his will? He prayed for me so that i can pass the interview from the most sacred place in the world. And aku memang seorang anak yang cukup patuh pada kata kata abah. Especially in my study. Abah kata masuk asrama,aku ikut. Abah kata makan kismis before pergi sekolah, aku ikut. Along tak ikut cakap abah sebab along senyap senyap bagi kismis dia suruh aku habiskan. Sebab tu aku terpandai sikit dari along. Pengorbanan seorang kakak bagi kismis kepada adiknya. Hahaha
 Abah hair dryer rambut aku pagi2 before aku pergi sekolah rendah pun aku ikut walaupun time tu kepala aku rasa nak terbakar panasnya!! hahaha 

So at that time, i was like 

'Okay. Pergi suka suka je and if ALLAH granted abah's doa then maksudnya ALLAH tahu aku mampu'

I always keep that in mind. Kalau tak mampu kenapa ALLAH hadiahkan rezeki ni ye dak? 

Then my emak drove me to Anggerik Mall Shah Alam where the interview was held. 

Well. dipendekkan cerita yang tak berapa nak pendek, PASS!

Then dapat surat lagi. 

What?! Kena interview lagi dekat HUKM pulak?? Berapa banyak interview ni? Penat tau membazir adrenaline! Haha.

Then okayla. Dengan malas bangun paginya, aku pun ikut abah yang waktu tu masih bekerja di Kuala Lumpur untuk interview di HUKM. Abah drop aku dekat HUKM tu then abah pergi kerja. Maka terpakulah aku di situ menganga mencari mana dewan peperiksaan tingkat 4. Survive sendiri kot. Waktu tu nampak kat kafe superhero yang berwhite coat putih. Pergh. Nampak cool gila jadi doktor oiii pakai baju putih tu. Waktu tu rasa macam okay, nak jadi doktor sebab nak pakai white coat. Hahahaha ( Tapi bila sekarang ni 6tahun pakai white coat, aku rasa mcm mak aii selekehnya kau nakkkk. Dh mcm chef pakai apron pun ye jugak -.- )

So interview tu dua hari. Hari pertama ujian bertulis. Banyak gila soalan dia. Siap ada soalan psikologi oi! Yela. Kang terpilih psiko student masuk medic kang buat habeh beras MARA je haaa. So relevant jela kot test tu. Sumpah waktu tu soalan basic fizik kimia bio yang aku tak tahu pun aku jawab apa. Asal sedap dengar je aku bulat. Hahahaha.

Habis je interview tu, aku lepak lunch dengan Sara. makan nasi ayam. pergh. ingat lagi. Sara ni sebab aku dah kenal dari matriks penang lagi. Dia housemate bestfriend aku so aku pun close la dgn dia. (Sampai sekarang sara dah jadi housemate aku 5tahun dah.) Lepas tu aku dimaklumkan esok ada interview lagi. Waktu tu dalam hati aku tak fikir interview. cuba fikir aku fikir apa? 
Ye. Aku fikir
 ' alamak. Esok kena bangun awal pagi lagi la ni mandi air sejuk lagi sebab kena follow abah pergi kerja terus.' Tak senonoh kan? -_-

Keesokan harinya aku pun dalam kereta tidooo je on my way from Klang to KL kerana dalam hati dengan bahagianya berfikir nak tembak jawapan apa lagi harini. Dengan berbaju kebaya bandung, aku melangkah masuk HUKM sekali lagi. Eceh. Berangan nak pergi Bandung ke pakai baju kebaya tu? haha. So, kali ni aku kena naik Bangunan tingkat 10. Abah drop aku je then abah pergi kerja. Aku pun melilau lilau di sekitar bangunan HUKM, aku jumpa lif and aku tekan tingkat 10. Bila sampai tingkat 10 tu, aku tengok aikkk tak ada orang langsung! Aku salah tempat ke? Interview dah habis ke? Matilah nakkk tak dapat pergi Bandung beli kebaya lagi. Then aku pun buat keputusan untuk tunggu. 

Adalah dalam beberapa ketika lepas tu ramai student datang. Pergh muka semua konfidenn konfiden ni. Dia nak pilih 42 orang je. Semua orang bawak buku siap. Aku je nganga belek hidung time tu. Dipendekkan cerita, kitorang pun kena panggil dengan urusetia. Dia bagi nombor suruh lekat dekat tudung. Aku dah pelik dah time tu dah kenapa nak jawab ujian bertulis siap ada nombor bagai. Semalam tak ada pun. Tapi aku buat cool lagi time tu sebab aku memang suka berlagak cool padahal dalam hati jantung nak tercabut.

Sekali rupanya makkk aiiiii kena interview lisan dengan doktor UKM and UNPAD. Dan tambah sadis lagi kebanyakan calon tahu yang hari ni interview lisan. Haaa tula Izzatul Hidayah. Galak makan nasi ayam lagi tak dengar announcement. Aku nekad hadap jela apa interviewer tanya secara spontan. Sedangkan Debat UIA yang spontan tu aku boleh ranking 19 pendebat terbaik Malaysia takkan ni tak boleh. Hahahaha. 


Apa yang terjadi masa interview? Professor mana yang interview? And sebab kecewa sangat, aku terus berlalu pulang? Okay tunggu 6 tahun yang bermakna Part II. (jangan aku update 6 tahun lagi sudah. Hahaha)

Till then,
Assalamualaikum dan salam ramadan.

....................................................................................
eAst






Sunday, February 22, 2015

caffeine.

Hi. assalamualaikum. Gong Xi Fa Chai. Entah eja betul ke tidak. haha.

saya baru sahaja tamat cuti seminggu. sebenarnya cuti sampai ahad which is tomorrow. tapi di saat saat cuti email masuk menderu-deru. dengan research nak kena buat macam macam bagai, dengan report patient yang asyik kena reject oleh supervisor kesayangan yang cantik, dengan email CIMB asyik send reminder birthday aku. Kau dah kenapa CIMB? tak menyempat nk tunggu aku tua ke? haha.

so terpaksalah diri ini melangkah pulang ke cheras. berat hati nak balik sebenarnya sebab tengah galak lagi bergelak tawa dengan adik adik di rumah tapi terpaksalah kita. kang kalau tunggu ahad baru nak balik, menggagau siapkan kerja. nasib baiklah mamat lonjong kesayangan tu cakap dia nak hantar so adalah jugak vitamin semangat aku. (dia tau aku panggil dia mamat lonjong, pengsanlah aku! ) 

malam ni telah membuang tebiat minum nescaffe. oh. aku ada caffeine intoxication. tak boleh minum caffein. tapi bak kata pepatah 'doctors make bad patients'. kisah pulak aku kan ada palpitation ke tidak. janji biji mata ni tak terlelap. so terlahirlah ketukan di keyboard ini sambil di telinga melayan spotify. 

lama tak update perkembangan pelajaran. tak terpelajar betul. sekarang tengah posting psikiatri. which is until now is my favorite posting and i may consider to pursue my master programme in psychiatri. although after 7th weeks i am not really sure what have i learnt so far. haha. (okay. lagu yang tengah keep playing dekat spotify ni membosankan -.- )

back to business. 

yeay! kenapakah saya rasa tidak sabar mahu menamatkan pengajian berbaki satu tahun lebih lebih sikit ni dengan cepat? saya tahu, melangkah ke alam pekerjaan dan bergelar seorang doktor adalah satu permulaan dan bukannya pengakhiran. tidak ada istilah pengakhiran dalam dunia perubatan kerana ini adalah on going education system. once you in, no out. unless you decided to make yourself outdated about research, journals and scientific based evidence. ke evidence based medicine? terbalik pulak. haha. maaflah short term memory loss after one week holiday. kau percayalah, budak medic ni tak boleh dibagi cuti panjang-panjang. nanti hilang ingatan cepat. role model dia macam aku.

okaylah. effect caffeine dah hilang. kena tidur. esok lambat subuh aku. selamat malam. :)

-east-

Thursday, August 14, 2014

izzatul hidayah kembali menulis

Assalamualaikum.

kali terakhir menjenguk blog ini ialah Mac 2014 lebih kurang 5 bulan yang lalu. Entah kenapa malam ini hati tergerak kembali untuk menulis. Ku jeling sekitar blog ini dan tergelak sendirian. Blog rakan rakan yang lain sudah bertahun tidak berupdate tapi aku baru 5 bulan dah rasa lama. Jeling lagi tengok layout. Gelak lagi. Banyak sungguh ketidakmatangan gambar zaman dahulu kala. haha. Ah. Delete delete delete.

Masih relevan ke penulisan blog? 

Di saat sekarang yang orang ambil peduli cuma

Facebook
Instagram
Twitter
Whatsapp
wechat ( sorry. my own opinion wechat ni sesuai untuk budak-budak je )


Tapi itulah kenyataan. Penulisan blog semakin dilupakan.

Usah bercakap soal rakan rakan yang tidak berupdate. Lihat sahaja diri ini. Terlupa laman web blog sendiri. Nasib baik dicipta perkataan 'bookmark' yang membolehkan aku terus mengKLIK dan oh. begini rupanya rupa blog. ( hembus hembus habuk...fuuuhhhhh )

Kenyataan ini mungkin agak memalukan tapi benda memalukan tu memang selalu orang ingat. haha. Saya sangat sayang blog ini. Saya sangat menyayangi blog ini melebihi sayang kepada makanan. ( ok tipu.) 

kau tahu apa itu istilah sentimental value?

it is not about something mental that related to psychiatry or weird behaviour. 

throwback 4 years ago, around july 2010, when i felt lonely and crying at my 'hotel' at Jatinangor Bandung, i opened my laptop and wrote down all my feelings on my blog. This blog witnessed my tears, my joy, my happiness, period when i crushed on my boyfriend ( projectile vomitting ), complaint about my study and how i dealt my disadvantages as lefthanded person. Sampai keluar tv kot. urmm. bila lagi nak keluar tv ni. tak ada orang nak panggil lagi ke. haha.


Jadi izzatul hidayah kembali menulis. bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri. 

Currently,
baru sahaja satu minggu bergelar pelajar perubatan tahun 4. alhamdulillah lulus exam dan berjaya naik tahun. percayalah. lulus peperiksaan dalam perubatan ialah satu perkara yang sangat susah. jadi diri yang tidak berapa rajin belajar ini amatlah bersyukur bila lulus peperiksaan. ( nangis. lepas tu abah suruh belanja makan sebab lulus exam lagi nangis teruk. haha )


Kalau ikutkan sudah 5 tahun belajar dalam bidang ini. kalau di Malaysia, sudah di tahun terakhir pengajian. Tapi sementelah ( purba sangat bahasa ) melanjutkan pelajaran di dua negara, ada sedikit perbedaan. harus ditambah tempoh pengajian menjadi 6 tahun. Makanya kini di tahun ke 4. huduh sangat lama tak cakap indonesia. haha.


Sisi hidup juga lebih matang dan tidak lagi merajuk tidak semena mena apabila mahu menarik perhatian yang tersayang. hahaha. see. i told u i became more mature. banyak perubahan berlaku dalam hidup dan pemikiran. di usia 23 juga menyaksikan ramai rakan rakan dah melangkah setapak lagi dalam hidup. ramai dah grad, dah kerja, tunang, kahwin. Takpe. u worth your waiting wahai sayangku. hamboi. tak boleh nak perasan lagi? haha. 

Pesanan penaja terbaik dari saya untuk rakan rakan medik yang jelus tengok orang lain belajar dah kahwin ialah :


' Takpe. Kahwin lepas grad nanti boleh letak Dr. dalam kad kahwin '


JFF. ( just for fun )

sekian.

Assalamualaikum.
2200 waktu semenanjung malaysia. 14august2014. cheras kuala lumpur. sambil usya PPUKM dari tingkat 14 apartment laman midah.


Sunday, March 09, 2014

aku sudah letih.

assalamualaikum.

Dah lama sangat tidak ku luangkan masa menghadap blog ni. kadang kadang aku terfikir nak delete je blog ni. tapi bila aku membaca kembali coretan kisah lalu, biarlah blog ini menjadi kenangan. kerana blog ini jugalah aku mendapat peluang muncul di mhi. 

' kita mudah lupakan sesuatu benda atau perkara bila kita dah dapat benda yang baru dan lebih menyeronokkan. tapi sebenarnya kenangan benda lama itu lebih menyentuh hati kalau kita teringat kembali '

hati banyak kali kecewa. letih. biarlah masa menyembuhkan.

sekian. assalamualaikum

Monday, November 25, 2013

Mencari side income?

Assalamualaikum.
pelajar? mencari side income?
come on la zaman sekarang ni mmg banyak pakai duit. So, im doing something right now. Perhaps it will help me. BTW benda ni mmg ramai doktor yg involved. Can u imagined doctor yg dh ada established income pun join benda ni. So, menarik tak bunyinya??

Dan paling penting benda ni bukan jual produk kesihatan, kecantikan yang mana ko kena pakai untuk tunjukkan kesannya. It is education thing basically. And seriously my friend earned a lot within 14days.

Saya baru je berjinak jinak. so siapa interested nk tambah side income, part time job, boleh whatsapp me.
013.43636.89



Sunday, November 24, 2013

24 november 2011 - 24 november 2013

Assalamualaikum.

Hari ini 24 November 2013. Genap 2 tahun perhubungan ini. Alhamdulillah. 
Tapi seperti biasa, dia memang tak ingat langsung. 
Perasaan? Dah biasa bila dia tak ingat sesuatu. Kalau dia ingat, tu yang pelik tu.


Sekian. 

Friday, November 22, 2013

any idea?

Assalamualaikum.

Wow. i left my blog for a long time. didnt even had a chance to type anything despite of having toooooo much free time. haha. i bet i slept toooooo much during surgery posting compared to become zombie during obstetric and gynaecology posting. And certainly OnG was not my taste at all. haha.



So, let's start our topic today about present. Actually im looking for any suitable present for my IZ since i cant remember when was the last time i gave him something. haha. I want something that suit his personality as a sport man. And it is totally freaking out when you want to look something for a guy. Quite harder you know as compared to girl. 



If you have any interesting page and link that sell any good and memorable things, do let me know. Please. Something that suit sport man okay. thank you. have a nice weekend reader ( ade ke?? haha )


assalamualaikum. 

Wednesday, October 30, 2013

Assalamualaikum.

Seringkali akhir solatku aku memohon agar suatu hari nanti ALLAH temukan aku dengan orang tepat
Orang yang dapat menerima diri ini seadanya
Orang yang dapat membimbing diri ini
Orang yang di saat aku lemah, hadirnya dia dapat memberikan aku senyuman

Hati ini bukanlah sekuat mana
Seringkali lemah dan tewas setiap kali hadir ujian
Dan kadang aku diam dan berharap masa memulihkan keadaan
Diam aku bukan tanda lemah
Diamnya aku tanda aku menghormati kamu

Dan aku bukanlah seorang wanita yang senang memberikan cinta
Sekali aku sayang, dialah juga yang aku mahu hingga akhirnya

Kadang aku berfikir apakah wujud kisah cinta dongeng?
Kisah cinta novel yang berakhir dengan bahagia?

Kadang hidup tak seperti yang aku inginkan
Hujan sering hadir di saat aku beriakan mahukan matahari
Namun hujan juga yang menyejukkan aku,mendamaikan aku

Tumpah rasa sayang ini kadang kala tak perlu diungkap dengan kata
Aku yang pemalu ini apetah lagi
Di saat aku masih belum boleh menjaganya, aku berdoa agar MAHA PENCIPTA menjaganya
Ku titipkan doa agar dia selalu dilindungi, bahagia, dalam jagaanNYA
biarlah YANG MAHA MERANCANG itu menentukan segalanya..............





Sunday, October 27, 2013

Lari mencari jawapan

aku ingin lari dari dunia maya yang kadang menjelakkan hati
Mana hilangnya kehidupan yang sebenar?
Aku dah letih!
Hidup meluahkan kata-kata pada kekunci yang seolah merelakan tiap bait kata.
Yang kadang seolah aku tak dapat hidup tanpanya.
Lebih baik aku menghilang tanpa pesan.
Siapa yang mengejarmu pasti merinduimu.
Siapa diri ini sebenarnya?
Lari mencari jawapan.
Jangan berikan aku kata-kata ketika kau boleh buktikan dengan perbuatan.



Sunday, October 20, 2013

aku hanya manusia

assalamualaikum...



Aku ingin menjadi anak yang baik untuk kedua ibu bapaku...aku selalu berusaha memenuhi keinginan mereka. Aku berusaha menjadi kakak yang baik buat adik adikku. Membuat adik-adik gembira. Dan aku akan rasa gembira kalau mereka gembira. 
Aku selalu berusaha ingin menjadi kawan yang baik. Membuat kawan-kawan ketawa, membuat kawan-kawan tersenyum, hargai kawan-kawan. 
Aku ingin menjadi teman yang baik untuk pasanganku. Aku nak pasangan aku rasa bahagia, gembira, dihargai sepanjang dengan aku....

Tapi baru aku sedar, aku takkan pernah berjaya.......... :'(  Aku gagal......Kadang aku terfikir, apa salah aku. Niat aku ikhlas, aku nak semua orang rasa bahagia. Aku nak semua orang gembira. Walau aku sedih tak apa. Tapi kenapa setiap kali itu juga aku gagal.

I never want people to hate me. :'(
I only want to make other people happy.
Aku naive. Aku banyak kekurangan. Tak boleh ke orang lain terima kekurangan aku. Bila aku tak berjaya jadi apa yang orang kehendaki,aku rasa sedih sangat. Aku simpan rasa sedih tu. Apa lagi patut aku buat. :'(
Apa yang sebenarnya patut aku lakukan. Aku tak pernah nak orang benci aku.......... :'(

Dulu aku berfikir, orang yang larikan diri dari masalah ni pengecut. Tak nak face kenyataan. Tapi sekarang, bila ada masalah,aku diamkan. Aku pendam sorang2. Kadang aku perlukan seseorang untuk mendengar........tapi tak siapa sudi hadir....... :'( Jadi aku hanya mampu diamkan.......

Kadang aku bertanya pada ALLAH, kenapa jalan hidupku begini. Aku bukanlah seorang yang kuat, aku senang menangis. Jiwa aku lembut. Hati aku tisu. Tapi kenapa sering ALLAH uji aku dengan ujian yang tak mampu aku tanggung........ :'(  kenapa.........aku nak hidup aku normal macam orang lain..bahagia macam orang lain..... :'(
Tapi setiap kali itu jugaklah aku sedar.....Setiap kali ALLAH uji aku, aku sujud padaNYA.....DIAlah tempat aku memohon kekuatan. DIAlah tempat aku bergantung. Semakin kuat ujian ALLAH pada aku, semakin tinggi diangkat darjat aku di sisiNYA.......:'(
Penghargaan dunia ke yang aku cari selama ni.......atau penghargaan dari ALLAH yang lebih utama......

Kini aku sedar, aku bukanlah manusia sempurna yang boleh menggembirakan, memuaskan hati semua pihak....aku hanyalah insan biasa yang punya banyak kekurangan......apabila aku melihat insan lain bahagia, janganlah sedih....ALLAH kan ada... :) DIA pasti takkan membiarkan aku terkapai, sedih keseorangan. ALLAH sayang aku, sebab tu ALLAH uji aku.....bila tengok kisah hidup orang lain, nampak bahagia je....tapi aku bersyukur dengan jalan hidup ini..biarlah tak sesempurna mana...tapi erti hidup ialah pada memberi. Biarlah walau sedikit yang aku terima, namun insyaALLAH akan DIA kira setiap hitungan nanti. Walau aku tak dapat dunia, semoga ALLAH membalas segalanya di akhirat kelak....biarlah aku tidak secantik, sesempurna mana di mata manusia, tapi biarlah aku indah pada pandanganNYA....

Ya ALLAH...ENGKAU maha mengetahui....aku belajar untuk meredhai dan mensyukuri setiap nikmat pemberianMU....KAU lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaMU....wallahualam.....